Monday, July 7, 2008

marilah gembirakan hati isteri

hari ni aku memasak.


sebenarnya, dah banyak kali dah aku memasak. cuma kali ni je aku nak storykan skit. kenapa aku memasak?

objektif
1)aku nak makan le
2)aku nak gembirakan lagi hati mem aku yg memang dah gembira
3)niat yang nombor dua tu le

mem aku baru sampai dari kedah pagi ni. dia naik airasia lah. kalau naik keta pun, balik2 sama jugak kan kosnya. baik naik belon je.satu jam dah sampai.

lepas balik dari sekolah, aku terus call mem. aku tipu skit ah. aku cakap, hari ni tak payah masak apa2. nanti malam aku keluar n bungkus makanan. yang sebenar-benarnya, aku nak masak malam ni. konon kejutan la.

dari skol, aku singgah kedai runcit n beli ayam. aku beli potato n daging hancur ramly pun. sebabnya, aku nak masak ayam masak merah n buat begedil. sesampai je kat rumah, aku pun buatlah apa2 yang patut. contohnya, aku mandi. aku kan baru balik skol, mestilah kena mandi kan. pastu, aku lepak2 kejap depan tv tunggu asar jab. lepas tu barulah start projek masak2.

sebenarnya, mem aku baru je mengalami perkara baru dalam diri dia tu. sebenarnya, dia dah mula rasa pergerakan baby kat dalam perut. excited tau dia tu. kerap jugalah aku kena lekapkan telinga aku kat perut dia sebab dia kan nak kongsikan perasaan yang sama dengan aku. aku tak dengar apa2 pun.haha. tapi, kadang2 aku pura2 cakap aku dengarlah, sebab aku kan nak jaga hati dia.

tu la yang menyebabkan aku memasak ni. lagi satu, mem aku belum pernah try lagi begedil aku. jadi, aku nak le dia jadi food tester aku. dipendekkan cerita, sebab aku dah malas nak bercerita, mem aku pun balik n dia terkejut le sebab aku dah siapkan makanan. tapi dia taklah terkejut sesangat sebab dia dah biasa jugak macam tu. aku biasa jugak masak cuma bukan selalulah. aku tak cakap kat siapa2lah pasal aku tolong mem aku memasak. aku takut nanti orang panggil aku suami mithali. aku malulah kalau orang panggil aku macam tu. walaupun aku memang nak jadi macam tu.

oo, tapi kawan2 kat sekolah tau le yang aku rajin memasak. sebab masa mem aku kerja kat johor dulu, aku selalu masak n pagi2 aku sarap dengan masakan akulah.yang lebih menyebabkan dia orang tau yang aku selalu memasak ni bukannya apapun, dia oranglah yang tanpa perasaan telah menghabiskan masakan aku. tapi aku tak kisah pun, sebab sebagai chef (hahahaha) aku mesti berkhidmat kepada pemakan dan pencinta makanan.
begedil ni dapat pujian drpd mem AKA food tester aku. walaupun dia kata kulit begedil aku tak menarik sangat tapi isi begedil tu sedap. alah, memang le aku tak pentingkan sangat kulit dia. yang aku pentingkan ialah isi dia la. korang takkan tak biasa plak. kacang kan lupakan kulit. kali ni aku tukarlah skit. seperti begedil lupakan kulit.

satu lagi kan, mesti korang heran apasal plak aku cakap pasal masak2 ni. sebenarnya, aku saja je buat macam ni sebab aku nak join kelab yang diasaskan oleh ainin n nabil tu. aku rasa ainin pengasasnya. nabil baru nak berjinak2. dengan adanya n3 ni, secara automatically aku dah join kelab diaorang ni.

aku rasa nama kelab tu ialah : kelab penulis buku yang suka ceritakan pasal apa yang diaorang masak n diaorang letak n3 masakan kat dalam blog diaorang. macam gitu le panjangnya nama kelab tu. jadi sekarang ni aku dah join kelab ni lah. kelab ni tak pula dibuka kepada sapa2 yang sudi. hanya orang tertentu je yang boleh join. kalau korang nak join jugak sebab korang dah mengalami kecemburuan yang melampau, aku benarkan le. sebab aku kan baik hati orangnya.

tapi, korang kenalah bayar yuran. tak mahal pun. jumlahnya cuma RM625. macam rebate subsidi petrol yang kerajaan bagi tu. dengan adanya yuran tu, bolehlah nanti kami gunakan untuk setahun sepertimana yang kerajaan hendak kami buat dengan duit RM625 tu. eh apa pulak tak cukupnya. mestilah cukup sebab kerajaan kan bijak. yang tak bijaknya, rakyat macam kitalah. sebenarnya, kita kenalah setuju bahawa kita kena ubah cara hidup kita kalau duit tak ada. contohnya, kalau dulu makan nasi, lepas ni makanlah ubi kayu. eleh, malu2 plak. nenek moyang kita masa zaman jepun dulu pun buat macam tu.

lagipun, ubi kayu kan best. kita kreatifkanlah otak kita dengan ubi kayu tu. kita buatlah kerepek plak. macam yang man krup krap buat tu. lepas tu, ramai2lah kita makan kerepek dan bolehlah kita merepek.

aku tanak cakap lagilah. aku rasa macam aku sedang melalut.maklumlah, la ni kan dah lewat malam. badan aku kan dah penat sebab tadi aku berusaha memasak dengan penuh keikhlasan.
aku nak tidolah.

oh ya, aku kasi korang tengoklah gambar geffren aku yang terbaru.


okie, byes!

3 comments:

Unknown said...

eleh, ko pun sama cam mem ko, exited. kan kan kan?

Emmm... sebenarnya aku pun tak perasan aku dah menjadi pengasas satu kelab yang tersangat panjang namanya. Oleh kerana ko dah buat kenyataan, ada baiknya la aku ucapkan terima kasih kat ko kerana menguar-uarkan.

Dengan itu aku melantik ko sebagai pereka akronim utk nama kelab yg panjang ni.

err... ko nak test shoot utk makanan plak ke? hihi. :P

Panjang benor komen aku.

Catatan ZZ said...

ee..cutenya baby tu? anak ker?

alias derais said...

alah, aku tanak le jadi pereka akronim tu sebab taklah mencabar sangat kerja tu.

aku dah shoot beberapa makanan le. gi lawat flickr aku. aku snap budak2 aku buat projek KH(projek memasak/form 2) kelakar dia orang masak tapi enjoy.

tanne;
budak tu anak buah aku yang tak henti2 bercakap n bertanya sampai aku penat nak menjawab.

okies, byes