Monday, November 3, 2008

belajar tatabahasa bersamaku episod 3

kali ni aku nak ajar korang tentang HUKUM PTKS. aku mula belajar ilmu ni dengan Prof.Dato'(atau Datuk) Dr. Nik Safiah Karim le. sebelum tu, aku pun tatau apa bendalah hukum ni. kenapa aku ajar cakap pasal ni? ini penting beb.

sebenarnya hukum ini ialah hukum pengimbuhan. beginilah kira-kiranya;
P-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf P. cth: pukul, pasang
T-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf T. cth: tari, tangis
K-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf K. cth: karang,kumpul
S-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf S. cth: sapu, susun

menurut hukum ini, kata dasar yang bermula dengan huruf P,T,K, dan S, apabila menerima imbuhan meN- akan bertukarlah huruf itu mengikut kesesuaiannya. cth:
1)meN- + pukul atau pasang =memukul atau memasang. huruf P akan bertukar menjadi huruf M.
2)meN- + tari atau tangis =menari atau menangis. huruf T akan bertukar menjadi huruf N.
3)meN- + karang atau kumpul =mengarang atau mengumpul. huruf K akan bertukar menjadi -ng.
4)meN- + sapu atau susun =menyapu atau menyusun. huruf S akan bertukar menjadi -ny.

korang pernah bercinta kan? atau jatuh cinta kan? dan korang ada pernah mengucapkan kepada pasangan korang ayat-ayat cinta seperti ini : aku menyintaimu, sayang. cheeiwahhh!

korang sedar tak bahawa perkataan menyintaimu tu salah pengimbuhannya?

sebab, mengikut HUKUM PTKS, kata dasar yang huruf mula2nya bertukar menjadi -ny ialah huruf S dan bukannya C. kalau korang cakap menyintaimu, kata dasarnya mestilah bermula dengan huruf S, iaitu Sinta dan bukannya Cinta. meN- sinta + -i + ka(mu)=menyintaimu. sebab dalam kes ni, huruf S tu pada perkataan Sinta sudah bertukar menjadi -ny. kalau takde imbuhan, lagi kelakar. aku sinta padamu.

lagi contoh imbuhan yang salah dah tidak menurut perintah HUKUM PTKS.

1)mensasarkan sepatutnya menyasarkan (tapi tak sedap didengar kan?)
2)mempastikan sepatutnya memastikan
3)menyintaimu sepatutnya mencintaimu
3)korang carilah sendiri yang lain. dah penat menaip ni.

akan datang aku nak ajar apa pulak ya? ntahle. tatau lagi.

sisipan cerita lain

oo, ada satu cerita. baru2 ni skol tempat aku bekerja tu manganjurkan talentime untuk budak2 senior. ada macam2 persembahanlah yang budak2 ni buat. aku jadi tukang main2kan lampu pengikut lagu dan tukang audiolah. itu kerja biasa aku. yang nak dijadikan cerita ni, kawan aku yang bernama Hisyamudin telah menjemput tiga orang untuk menjadi judge bagi persembahan itu, tak sangka pulak salah seorangnya ialah bekas kawan rapatku ketika di UM dulu. nama budak ni ialah Rahmat. aku sedar itu ialah Rahmat ketika emcee hari tu panggil dia naik ke pentas untuk ambil hadiah penghargaan daripada pihak sekolah. ada bebudak aku yang tanya, "cikgu, orang tu african ke?" sorrylah, Rahmat. penampilan ko jauh sangat berbeza. aku dah ingat2 lupa dirimu itu. tapi tak sangkalah boleh jumpa balik di skol setelah lebih 10 tahun tak jumpa kan.
ni gambar encik Rahmat yang bertopi besar macam Bob Marley.

Rahmat ni budak puisi beb. puisi dia sedap dibaca. aku ada simpan dua puisi dia.korang bacalah puisi dia ni, best woo.

monolog cinta


aku tak mungkin ada seorang bernama
kekasih

kerana...
dalam keruntunan jiwa yang bergelar hampa,
aku masih mencari erti realiti;
kabur dan tak pasti

mungkin juga kerana:
aku tak punya upaya bicara
sehebat Rama
memikat naluri lembut
Sitta yang setia.
aku juga tak punya suara halus
roman romeo
yang membisik mesra pada
telinga gebu juliet jelita.

yang hadir dalam diriku
cuma...
jasad kotor dan hati mati
kosong tanpa makna yang mengungkap cinta

mungkin aku hanya bisa jadi
sang pungguk;
menginginkan rembulan indah
sedang bulan tak pernah jatuh ke riba
dan terusan bersabar
menanti
selagi hayat masih ada.

ilham rasa,
T.M. Kail


huih, terpanjang pulak en3 ni, byes ye.

4 comments:

danny said...

hang dulu tutor ngan cik zuraini kan? hang belajaq tak ngan asmah? kalau betui habaq mai sat

alias derais said...

encik danny,
amboi cakap loghat utara no. memang le aku pernah belajar dengan cik zuraini (harap2 tak cik lagi le orang tu. sebab benda dah bertahun2 dulu). dengan asmah pun aku belajaq jugak.

aku tengah konpius ni, macam mana ko tau banyak benar tentang diriku ini? hmmm.

explain sikit, bro.

byes!

danny said...

nak habaq ni biaq hang tak konpius... nanti lama2 duk teka boring pulak. org umah aku pernah sekelas ngan hang dulu. tak tau la hang ingat ke dak

dulu belajaq kat uum, bole la trai2 cakap utara. rindu rasa nak makan paseboq n cendol pulut kat napoh.

alias derais said...

encik danny,
oh, anda mengahwini sahabat sekelasku. tahniah atas kejayaan ini. cendol pulut kat napoh tu yang nama kedainya jo cendol ke? kalau yang tu, cendol dia memang best.

byes!