Sunday, October 5, 2008

sedihnya, cuti dah habis!

aku baru sampai dari kampung ni. sedihlah rasanya. sebab aku suka tinggal kat kampung n berkawan dengan pokok2, ayam itik, anak kucing yang comel gebu, bunyi2 burung, dan macam2 lagilah. memanglah aku sedih sebab aku sayangkan kampung aku tu. lebih lebih lagi, ramadan dah habis.

tapi, lagi enam minggu aku akan balik kampung sekali lagi. YEAY! dan, kali ni lebih lama. dan kali ni dengan satu lagi kelainan.
Ni gambar hiasan kali ni. anak buah aku, lea (tahun 2) kat laman rumah tokwan.

ok, byes!

4 comments:

danny said...

assalamualaikum

selamat hari raya. semoga sihat sentiasa.

saya nak tanya, antara dua ayat ni, manakah yang betul susunan ayatnya?

1. Dia dapat paling banyak duit raya.

2. Dia paling banyak dapat duit raya.

TQ

alias derais said...

waalaikumsalam encik danny,
terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi menjawab soalan2 itu. apapun, terima kasih atas ucapan itu.

jawapannya berdasarkan apa yang saya tahu, iaitu;
ayat pertama ada masalah kerana selepas kata kerja (dapat) itu sepatutnya diikuti oleh objek (duit raya). pada pendapat saya, ayat kedua tu boleh diterima sebab selepas subjek diikuti dengan kata bilangan tak tentu (banyak) yang didahului kata penguat (paling).kemudiannya, baru diikuti dengan frasa kerja yang membentuk predikat.

frasa paling banyak itu boleh dianggap sebagai unsur penerang. jadi, molek kalau dahulukan subjek dan predikat, kemudian barulah letakkan penerang.


susunan semoleknya pada pendapat saya ialah: subjek + predikat (FK + objek) + penerang

jadi: Dia(subjek)+ (men)dapat duit raya (Predikat) paling banyak (penerang).

tapi, itu pendapat sayalah.harap dapat membantu.

dS said...

Salam. SHR ke 17 juga. MZB. Err... ke mana shoutbox dah pergi? Tak bestlah cam nih!

alias derais said...

terima kasih dewi,
shoutbox tu dipasifkan sebab hari tu ketenangan aku diganggu-gugat oleh peracau yang tiba-tiba meracau tak tentu pasal kat situ. yang sebenarnya, aku tak kisah kalau ada yang menegur atau mengkritik. kita bukannya sempurna pun. tapi kalau mengkritik dengan niat yang busuk lagi membusukkan, aku tak naklah. aku tak kacau orang, jadi aku pun tak sukalah orang kacau aku.

pasal itulah, shoutbox takde. sorrylah aku menyusahkan korangs.

okie, cau.