Saturday, February 14, 2009

saman-hambik kau!

pernahlah sekali tu, orang rumah aku mengeluh, "haihhh, beratnya laptop ni," keluh beliau. aku yang mendengarnya buat-buat tak dengar jelah. rasa aku, laptop aku tu bukannya berat benar pun. tapi, biarlah.

okey cerita ni melarat sampai ke sinilah. lusa, 16 feb is hari lahir orang rumah akulah. aku tak ingat pukul berapa, tapi pada hari tulah orang rumah aku dan adik-adiknya selamat dilahirkan. aku akan buatlah sambutan skit seperti tahun-tahun lepas. cuma, kadang-kadang aku kreatifkan skitlah supaya sambutan tu taklah bosan amat. lalu, apakah hadiah yang nak dibeli?

hmmm, lama aku berfikir-fikir-daripada membeli barang kemas, baiklah aku beli sesuatu yang lain skit. jadi, petang semalam, aku pergilah ke digital mall, pj ss14. hajatnya, aku nak beli mini laptop utk orang rumahlah sebagai hadiah hari jadi. so, memang adalah mini laptop tu, comel je saiz dia. yang pentingnya, mini laptop tu ringan sesangatlah. harga dia pun agak murah jugalah berbanding laptop biasa. rm1499- selepas aku nego skit, then dapatlah rm1400-so, savelah rm99. aku pun happylah.
1)happy sebab dapat gembirakan hati orang rumah-itu biasa-itu tugas suami
2)happy sebab dpt less rm99

turun saja daripada digital mall tu, aku teruslah pergi ke parkir keta-cis! cis! cis! baru aku sedar, dalam nak cepat2 tadi, aku lupa nak bayar parking-kesimpulannya, kena saman rm100. nah, hambik kau!

tensennya! tapi aku dah tanyalah cikgu2 di sekolahku. menurut pengalaman dia orang, saman tu buleh dikurangkan sehingga rm30. ada satu kawan lagi tu dapat kurangkan sehingga jadi rm10. kira berita baiklah juga.

tapi itu bukan kali pertama aku kena saman dalam 2009 ni-haih, satu lagi aku kena saman di cameroon highland-pada hari raya cina. tak guna betul!

ada ka patut pada hari orang ramai nak menyambut hari raya tu, lelaki beruniform serba putih tu sebok pula menyaman keta yang di parking di bahu jalan-memanglah salah parking kat bahu jalan- tapi memang dah tak ada parking lagi-suma penuh-takkanlah aku yang datang dari shah alam ke cameroon highland akan turun ke bawah tanpa singgah di mana2 hanya semata-mata kerana tidak ada parking.

aku rasa, kalau lelaki beruniform serba putih tu bawa family dia bercuti di cameroon highland, dia akan buat perkara yang sama-aku rasa tak ada siapa pun yang akan turun semula ke bawah tanpa singgah ke mana2 tempat di cameroon highland semata2 kerana tidak ada parking di situ. untuk pemandu2 lain yang turut kena saman sepertiku pada tahun baru cina di ch tu, aku ucapkan takziah le. tabahkanlah hati.

kesimpulannya, prestasi diriku sebagai pemandu berhemat tercalar skitlah utk tahun 2009 ni-haih-saman-hambik kau!

ini gambar hiasan kali ni. anakku, buah hatiku, irfaan telah pun berusia 2 bulan pada ketika aku snap gambar tu.

bye.

4 comments:

iman said...

Comelnye anak cikgu :)....Hmm, kesian cikgu kene saman, seperti yang cikgu ajar,dalam hati ke cakap, padan muka!!!

alias derais said...

hahaha-terima kasih atas simpati yang kepura-puraan itu. haih-i tak ajar u all cakap macam tu le-u all yang mengubahsuainya.

byes, cik iman!

Mersik said...

Ha ha ha..

Kiutlah Irfaan.

Barulah ada rupa sikit macam Cikgu Alias kita ni.. hik hik

Amacam, syif malam? hik hik

alias derais said...

tq encik mersik atas puji2an tu.

syif malam tu dah lama mula-dia akan jadi perjalanan yang amat jauh-takpe. takde hal punya. nabil pun dah rasa syif malam jugak i think.