Monday, June 22, 2009

hantu-hantu berkeliaran

keadaan sudah menjadi amat menakutkan. dimana-mana siaran televisyen memaparkan hantu-hantu yang begitu banyak sekali dalam masyarakat kita. heh!

setahu akulah, ramai orang takutkan hantu-kerana gambaran tentang hantu itu amatlah menakutkan. juga digambarkan bahawa hantu ini kerjanya tidak adalah yang lain selain menakutkan orang. kalau sekalipun dia dah pencen makan darah orang, sekurang-kurangnya gambaran tentang hantu itu masih menakutkan. tak pernah pulalah aku dengar orang yang terserempak dengan hantu itu disapa penuh dengan senyuman-pendek kata, tiada kemesraan atua kasih sayang. budi bahasa jauh sekalilah.

oh sejak orang korea dan jepun berjaya menghasilkan filem seram yang memangnya menyeramkan-penggiat filem kita berlumba-lumbalah menghasilkan filem seram. maka berkoyan-koyanlah drama hantu dan banyaklah hantu di sana-sini-pun begitu-babak hantu ni bukanlah kerap sangat sehingga penonton perlulah bersabar menantikan kemunculan hantu tu-alangkah bosannya.

ini berita baiklah-sekarang ni hantu berkeliaran dalam filem dan drama tempatan-hantu ada siang dan malam. ramai orang dah berani menonton hantu sebab hantu2 ni tidaklah sangat menakutkan lagi-sebab dah terlalu banyak.

ini berita lagi baik agaknya-ada hantu yang sekali pandang rasa macam nak ketawa pula-kelakar sangat muka dia- tapi harap2 penonton tak ketawalah-hormatlah sikit kat hantu.

moh le aku petuakan sikit ciri2 drama hantu tempatan;
1)mata hantu mesti bercelak-kalau lelaki ke perempuan ke yang sebenarnya hantu merupakan dirinya menjadi orang mestilah pakai celak merah tebal di bawah mata.
2)90 peratus latar masa dalam drama mestilah waktu malam kalau hantu bertugas sebelah malam-guna lampu warna biru dengan banyaknya-lampu belakang semak, belakang rumah
3)Mesin asap mesti berfungsi dengan baik-letakkan tak jauh daripada lampu biru yang menyuluh bawah rumah orang kampung-kalau takde asap-nanti hantu merajuk.
5)mestilah ada watak tok bumoh yang kini berkuasa mengeluarkan bebola api ke, aura angin ke, kat tangan dia tu-kalau tak, dia tak buleh le lawan hantu.

ada lagi le ciri2 kehantuannya tapi cukuplah sampai kat sini. tak larat nak menaip.


seperti biasa, gambar buah naga ni tak de kaitan dengan entri ni-gambar ni diambik dari rumah mertuaku di jitra-oh ditujukan pula kepada cik puteri hana, pelajarku yang belum lagi pernah makan buah naga. harap2 bila dia dah makan buah naga nanti, dia tak jadilah pula hantu buah naga. nyehnyehnyehnyeh!

byes.

5 comments:

LeEmOn=) said...

ARRRRGH!!! >=O

MAYA said...

cikgu,postlah pasal musical(:
dan juga kasut cikgu :)

alias derais said...

hana, padan muka.

ok nanti i tulis-tapi tak taulah bila-pasal kasut, haih korang ni.

Jankaulu said...

Dan hantu tu biasanya cikgu, duduk kat rumah usang, buruk dan terbiar. Bukan dok kat rumah besar, moden dan cantik.

Tapi saya minat jugak cerita hantu-hantu ni, he he he.

alias derais said...

tu la pasal-dah la tu, pemilik rumah pulak hidup dalam gelap-rumah takde lampu memanjang-cahaya biru masuk dgn banyaknya ke dalam rumah-yg kelakarnya-makan pun dalam gelap-haih!