
sinopsis:
“Kita akan menjejaki mereka. Tetapi ingat, mereka tahu selok-belok hutan ini. Jika mereka sedar kehadiran kita, pasti kita tertangkap. Hutan ini pula sudah seperti rumah mereka,” kata Samad, seperti seorang jeneral angkatan tentera.
Rakan-rakannya yang lain akur dengan kata-kata Samad yang berbaur arahan itu.
“Ingat, setiap kali kita melangkah, kita perlu buat penanda jalan. Sekurang-kurangnya, jika ada penduduk kampung yang menjejak kita nanti, ada tanda yang ditinggalkan sepanjang jalan,” kata Samad lagi.
“Tetapi, kita hendak membuat penanda dengan menggunakan apa? Kita tidak ada tali atau apa-apa pun,” kata Boon Seng pula.
Samad dan kawan-kawannya pasti tidak akan melupakan pengalaman tersesat di dalam hutan. Lebih mengejutkan, mereka terperangkap dalam satu komplot yang amat jahat pula. Komplot apakah itu? Bagaimana Samad dan kawan-kawannya menghadapi cabaran kali ini?
tentang buku ni;
ini siri yang kedua(JOM IKUT KAMI: TRAGEDI HUTAN LIPUR)kali ini-cuti sekolah-mereka pergi ke rumah kakak salamah yang tidak jauh daripada hutan lipur-mereka berkhemah-dan di situlah masalah demi masalah menimpa. bacalah, semoga terhibur. siri kedua ni bersifat pengembaraan dan penyiasatan.
ok, byes.
5 comments:
salam...I've read your blog about OPKIM @ MIRI witg KKTAZ 99/00,,,i am really interested to know abt it coz im a fellow at 10th RC..if you dont mind could you gimme any info abt OPKIM SARAWAK?
Come and joint ur frenz as ALUMNI KKTAZ. TQ
Wahh, tu dia.. dah keluar yg baru. Tahniah buat Cikgu Lias ni. Semoga buku ini akan mendapat sambutan yg hangat banget.. yihaaa
terima kasih atas undangan nurhati-saya ialah generasi pertama yang tinggal di kolej sepuluh universiti malaya-hehe-bangga tau.
encik mersik-terima kasihlah atas doamu itu-memang itulah harapan si penulis. byes.
Sdr Alias: Bagus. Menulis banyak ada rahmatnya.
Marsli N.O
terima kasih encik marsli-semoga encik sukses selalu.
Post a Comment