Sunday, November 23, 2014

mentarang dan lokan bakar di kuala selangor

halo.

kali ini aku kisahkan pasal perjalanan singkat pada suatu hari ke kuala selangor. atas satu-satunya tujuan, iaitu menikmati mentarang bakar. sebetulnya, aku dan mem tak pernah makan mentarang bakar sebelum ini. semuanya kerana tahun lepaslah. tahun dimana ketika balik kampung mengikut jalan kampung, iaitu bermula dari subang bestari ke kuala selangor dan singgah sebentar ke teluk intan dan terus pula ke laluan nak pergi ke teluk batik dan melalui terong (tempat puan mages pernah mengajar dulu), dan tembus ke taiping dan naik lebuh raya ke alor setar. itulah dia permulaannya.

ketika kami melalui kuala selangor selepas kawasan sekinchan itulah kami singgah sebentar di restoran faridah yang menjual mentarang bakar. percubaan pertama yang akhirnya menjadi tabiat-tetapi bukan keraplah tabiatnya.

mentarang bakar ini bukanlah murah benar harganya. kalau singgah di  gerai tepi jalan, cara jualannya ialah sekilo atau setengah kilo atau berkilo-kilo. harga sekilo mentarang bakar yang biasa kami makan ialah rm18. bukan murah sangat kan?

so, kalau korang ingin mencuba mentarang bakar ni, datanglah ke sekinchan, kuala selangor-kat tepi jalan tu banyak diaorang jual mentarang mentah dan ada juga mentarang bakar. bukan banyak sangat gerai  mentarang bakar di sini. kalau tak silap aku, sekadar tiga empat gerai sahaja yang menjual mentarang bakar. kami selalu singgah ke gerai MIS MENTARANG BAKAR.

pemilik gerai MIS MENTARANG BAKAR sedang beraksi. abang ini baik orangnya. ramah dan suka melayan soalan pelanggan. sesuai amatlah kerjaya beliau.

 ini gambar mentarang mentah yang belum dibakar. selain dibakar, mentarang ini boleh dimasak dengan pelbagai resepi lain. kalau direbus dan dicampur dengan serai pun sedap. di gerai MIS MENTARANG BAKAR ini, mereka turut menjual nasi goreng mentarang. boleh tahanlah rasanya.
 ini ialah jari jemari mem yang sedang membuka kulit mentarang bakar.
inilah dia mentarang bakar. berbaloi menikmatinya sebab isi dia tebal dan tak kecut apabila dibakar.

 ini pula lokan. bukan setiap hari gerai ini menyediakan lokan. dia macam ikut musim.
tapi lokan bakar ini bukanlah sesedap mentarang sebab isi dia kenyal sesangat dan rasa dia bila dibakar taklah sesedap bila direbus dengan serai. gerai ini menjual lokan bakar sekilo rm10. sedikit saja sebab kulit dia tebal dan berat.

ini ialah lokan yang direbus. aku makan lokan ini dengan cikgu yusof ketika kami berkursus di Kelantan. lokan ini kami nikmati di tepi pantai cahaya bulan (nama dulunya ialah pantai cinta berahi).aku setuju amatlah nama pantai ini ditukar.

okeyh. cuba-cubalah rasa kalau nak ubah selera. asyik makan nasi lemak dan roti canai je, boring jugak kan?

adios!


3 comments:

Unknown said...

Cubala mentarang kukus dgn halia muda dan serai pula! Pasti hingga menjilat mangkuk!

Anonymous said...

Tanya skit. Mentarang ikut musim, dekat Sekinchan ni agak2 bulan berapa baru ada?

alias derais said...

insyaAllah, bila berkesempatan nanti saya akan cuba resepi mentarang kukus tu.
n minta maaf kerana saya taktau sangat pasal musim mentarang. cuma, setiap kali saya ke sana, alhamdulillah, ada mentarangnya.

bagi yang belum pernah mencuba, elakkan cuba mentarang yang bersaiz besar sangat kerana liat dan kurang sedap berbanding mentarang yang bersaiz sederhana.

sorry,reply amat lambat. tak perasan ada komen pembaca entri.