Monday, February 23, 2015

kebun atau tanaman herba di laman sempit kami

salam tuan & puan,

menjelang awal tahun 2015, secara tiba-tiba, kata-kata mem selama ini iaitu laman kami dipenuhi dengan pokok-pokok tidak berbunga akhirnya berjaya mengubah lanskap laman sempit kami. aku terfikir tentang betapa aku telah menghijaukan laman kami dengan pokok hiasan yang berjaya menghijaukan laman tetapi kurang berbunga.

kemudian, terlintas di fikiranku untuk membuat perubahan pada laman sempit kami. dan perubahan seperti biasalah memerlukan pengorbanan. dalam hal ini, pokok bunga heliconia kami perlu dikorbankan atas sebab;

1)pokok ini terlalu mewah berdaun dan mengambil ruang yang luas di laman kami.
2)daun pokok heliconia ini menggelapkan laman sempit kami.
3)kerja-kerja menguruskan daun-daun heliconia ini tidak lagi gembira aku lakukan.

lalu, atas dasar perubahan dan penghijrahan, laman sempit ini aku susun atur semula menjadi laman yang dipenuhi dengan pokok herba yang boleh dinikmati hasilnya dan bukan lagi boleh dilihat hasilnya.  pokok-pokok herba yang mengambil alih tempat heliconia di tepi pagar hadapan rumah ialah;
1)pegaga
2)limau kasturi
3)serai
4)pudina
5)cabai melaka
6)terung bulat
7)kucai
8)daun sup
9)ketumbar bangla
10)pandan

dan alhamdulillah, tanaman herba ini hidup dengan subur setelah dicurahkan kasih sayang sepenuhnya.












dengki tak? hehe. berbudi kepada tanah tidak pernah menghampakan. sekarang ni, kami tidak perlu lagi membeli cabai melaka di kedai. serai juga begitu. pandan turut berfungsi dengan baik. limau kasturi mula berbuah. limau purut telah lama berjasa. terung telah pernah dicampurkan dalam masakan. pudina dan ketumbar bangla juga pernah dinikmati secara percuma terus dari laman sempit kami.

jom le berkebun. berbaloi-baloi.

adios!


No comments: