Wednesday, September 16, 2015

aku dan khidmat buat poster

Sabariah mengarahkan teater muzikal lagi. kali ini beliau arahkan teater yang bertajuk Dayang Senandung. dan seperti biasa, aku perlu membantu beliau menyediakan jurugambar-jurugambar dan juruvideo untuk pementasan itu nanti.
             cuma, sebagai jurugambar sekolah, tugas aku bukan sekadar menyediakan gambar-gambar itu, tetapi termasuk juga menyediakan bahan untuk tujuan publisiti. jadi, aku kena buat trailer dan juga poster untuk pementasan beliau. so, inilah dia poster yang aku sediakan untuk beliau.


mungkinlah tuan2 rasa alangkah biolnya aku kerana baru menulis entri ini sedangkan pementasannya telah lama tamat. sebenarnya, nawaitu aku menulis entri ini bukan untuk mempromosikan tetapi sekadar menyatakan bahawa inilah sebahagian kecil tugasku di sekolah itu.

dan seperkara yang lebih penting lagi ialah nak beritahu tuan2 bahawa setiap kali aku merekacipta poster atau trailer atau menghasilkan video, macam-macam komen dan kritikan aku dengar daripada rakan2 guru sehinggalah anak2 didik. itu perkara biasalah, orang tengok dan komen. salah ke komen?

alkisah, nak dijadikan cerita, baru-baru ini dalam sambutan bulan kemerdekaan, cikgu A berjumpa denganku di hadapan bilik guru. beliau menunjukkan kepadaku reka cipta banner bulan kemerdekaan oleh seorang designer ini.
           "Apa komen kau?" soalnya.
           "Okey," kataku.
           "Aku rasa design ni ringkas sangat, "katanya pula.
           aku mengangguk.
           "Kau tau tak, aku komenlah kat designer ni, mengatakan bahawa design ni simple sangat," katanya lagi.
           "Habis tu?" soalku, ringkas.
           "dia melenting pulak. katanya, cikgu buatlah sendiri designnya," kata cikgu A.
           "Pulak," kataku.
           "Aku cakap, manalah aku tau reka2 design segala," kata cikgu A pula. "Sebab itulah kita hantar kat dia suruh designkan," katanya lagi.
           "Lepas tu, apa kata dia?" soalku pula.
           "Katanya, kalau cikgu taktau design2 segala, cikgu tak layak nak komen kerja-kerja saya," jelas cikgu A.
           "Dia cakap macam tu?" soalku pula.
             Cikgu A mengangguk. "Saya dah minta maaf berkali-kali, dia marah-marah lagi pula," kata cikgu A, kemudiannya.
            "Suruh dia berhenti jadi designer," kataku. "Dan kalaulah masalah sentap dia tu tak habis-habis lagi, lain kali hantar je banner kat syarikat lain. kat luar sana, bersepah-sepah kedai buat banner" kataku lagi sambil berlalu.

tak masuk akal kan? kalau kita bukan designer, kita tak layak komen design orang. kalau kita bukan pelakon, kita tak layak komen lakonan orang. kalau kita bukan tukang masak, makan je sebab kita tak layak komen masakan orang. kalau awak tak ada blog, jangan sibuk nak komen2 kat blog orang. aduhai, macam-macam perangai manusia.

sempena bulan kemerdekaan ni, saya  ada mencipta lirik dan lagu untuk lagu Negaraku Tercinta, dinyanyikan oleh Wani Kayrie dan Fatehah Quzandrea. piano oleh ming ling. kalau korang dapat nonton video tu kat facebook, komen le tak ada hal punya.

selamat tinggal tuan2.

No comments: