Sunday, February 17, 2008

TQ YEW GARDEN!

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Peng Yew Fah AKA mummy Jing Jing kerana membenarkan saya menghabiskan masa merakam gambar bunga2 yang cantik yang terdapat di YEW GARDEN. untuk pengetahuan pelawat blog ini, YEW GARDEN terletak di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. YEW GARDEN terletak di tepi Sekolah Menengah Teknik Selangor. di bawah ini, saya sertakan gambar YEW GARDEN.


ok, untuk korang punya info, hari ni, Ahad, entah apa yang merasuk fikiran aku, aku amik kamera n gi ke nursery ni. ada banyak bunga dan pokok hiasan yang menarik. so, apa lagi. aku snaplah sebanyaknya gambar bunga2 kat situ. ok, kat bawah ni gambar2 yang aku snapkan. actually ada banyak lagi tapi aku belum buka lagi akaun kat flikr macam yang ainin buat tu. lepas ni, aku akan bukak akaun tu n kalau korang nak tengok gambar tu, bolehlah. aku cadang nak letak banyak2 kat situ.


akan datang, aku nak belajo amik gambar binatang kecik2 plak. sebab yg tu maybe lebih cute dan mencabar. so, buat masa ni, harap korang enjoy menatap gambar2 ni. cau!

5 comments:

Unknown said...

aku tau yew garden ni. aku lalu lalang kat situ kalau balik kampung. not bad la gambar ni. tak de malu ko nak tunjuk kat aku. hehehe...

kt flickr tu tak boleh letak gambar byk2 la. limited. memula dulu aku tak perasan. dlm masa sbln aku dh habiskan 50% 'kredit' dlm tu. hahaha. kena langgan la klu nak lagi besar. tapi klu dh minat, tak rugi bro.

alias derais said...

alah, ko ni ainin. aku baru nak berangan, ko dah membantutkan angan2 aku. nanti aku letak jelah gambar2 tu kat mana2. lagipun, kalau gamar cantik, letak mana2 pun tak malu kan?
hmmm, aku dah mula nak show off ni. mula2 aku show off kat ko dulu. lepas ni mungkin nabil ke, DS ke,lyn ke, atau sesapa saja.

Unknown said...

nak show off lagi? esh.. ko ni tak taubat-taubat lagi rupanya. salah rupanya tekaan aku selama ni.

esh...esh... esh! :P

dS said...

inilah yg dinamakan.. sdh bertemu buku dan ruas.. tapi.. bg pendapat ds sendiri, utk menghasilkan sesekeping gmbr yg bernilai tinggi memerlukan bbrp kepakaran spt titik fokus kpd sudut2 tertentu, tahap pencahayaan yg baik, persekitaran yg tenang dsbnya. Seperkara lagi, jika kita perhatikan.. bisnes plant/gardening ini byk dipelopori oleh kaum cina dan tengoklah shj lokasinya.. di bawah kabel yang bervoltan tinggi! Dahsyat, kan? Sanggup mrk meletakkan diri dlm risiko semata2 utk mengaut pendapatan yg org kita sering2 perlekehkan.. hmm?

alias derais said...

hmmmm jugak.