Okeylah, tuan-tuan sekelian. sebagai salah seorang yang melibatkan diri dengan dunia blog, aku menyahut saranan kerajaan kita supaya menulis secara berhemah dan tidak menyinggung sesiapa.
Hmm, tapi kalau orang lain pulak yang menyinggung kita, camne?
Oh ya, kita mestilah teguhkan iman dan banyakkan bersabar.
Okeylah, buat pertama kalinya sebagai seorang yang hari-hari, kecuali hari cuti bercakap dengan budak2 pasal BM, kali ini aku mengambil peluang untuk menggunakan ruangan blog ini untuk mengajar sesiapa yang datang ke blog ini tentang BM.
okey, semua orang ynag berminat untuk belajar. Pelajaran hari ini ialah;
tentang penggunaan perkataan
'ialah' dan 'adalah.'kalau korang pandailah, mana satu ayat yang betul?
1)Beliau
adalah bapa kawan saya.
2)Warna kegemaran saya
ialah biru.
Sebenarnya, kedua2 ayat di atas tu salah. Sering kali saya menemui pelajar saya menulis ayat yang salah seperti ini. Begitu juga dalam bahan bacaan lain. Banyak orang yang menyangka bahawa perkataan itu dapat digunakan sesuka hati sahaja. Sebenarnya salah!
Penggunaan yang sebenarnya ialah;
Perkataan
'ialah' digunakan selepas perkataan(
kata nama am atau
khas)cth,
1)Beliau
ialah guru (kata nama am) sekolah kami.
2)Bangunan itu
ialah Bangunan Sultan Abdul Samad (kata nama khas).
Perkataan 'adalah' pula digunakan selepas perkataan (
kata sendi nama atau
kata adjektif).cth,
1)Warna baju abang saya
adalah biru (adjektif).
2)Hadiah ini
adalah untuk (kata sendi nama) abang.
pun begitu, dalam satu laras bahasa yang lain pula, iaitu membuat pengumuman, ayat seperti ini biasa kita jumpa;
Adalah
dimaklumkan bahawa.... Ayat ini diterima sebagai betul pula walaupun perkataan
dimaklumkan bukanlah
kata sendi nama.
ok, ada faham?
akan datang, aku nak ajar korang pasal penggunaan perkataan:
boleh dan
dapat. ada beza ke kedua2 perkataan ini?
kalau sesiapa yang ada maklumat tambahan tentang ilmu tatabahasa ni janganlah segan hendak berkongsi maklumat. dan kalau ada sesiapa yang tatau tentang soal ini, dan mendapat tau tentang soal ini selepas membaca en3 ini, ucapkan terima kasih. tak payah cakap kuat2lah. cakap dalam hati pun dah cukup.

ini gambar untuk hiasan je. bunga ni bunga liar yang tumbuh kat tepi longkang rumahku kat kampung bunga ni kecik sesangat. aku snap pakai macro mode + raynox 250!
okeys,byes!