Monday, September 8, 2008

detik yang dikenang-kenang!...terima kasih dan selamat tinggal.


pada tahun 2005 pun begitu. tahun ini juga sama. tahun ini mungkin kali yang terakhir.

apa yang aku maksudkan ialah tahun 2005 itu ialah tahun yang terakhir aku mengajar di jr. skol. aku mengajar pelajar tahun enam pada masa tu. kelas yang aku ajar tu memang happening habis dan meninggalkan banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. jadi, pada tahun itu, dengan sedikit kreativiti, aku hasilkan satu cerpen tentang budak2 itu. mereka gembira amat!

tahun ini pun sama. setelah dua tahun tidak mengajar di jr. skol, this year aku diminta agar mengajar di jr. skol sekali lagi bagi membantu pihak pengurusan sekolah junior mengatasi masalah kekurangan guru yang berpengalaman mengajar pelajar tahun enam. aku dianggap calon paling sesuai kerana beberapa tahun sebelum itu aku memang mengajar pelajar tahun enam. so, tahun ini aku menjadi guru pelajar junior dan guru pelajar senior sekaligus. seronok tetapi memenatkan. apapun, budak2 jr. six yang aku ajar itu juga amat menyeronokkan. jadi, baru-baru ini, aku tulislah satu cerpen berkenaan budak2 ini. tajuk dia, "Detik yang dikenang-kenang!"

memang aku akan tetap mengenangnya kerana kini segalanya tinggal kenangan. esok UPSR akan bermula. hari ini menjadi antara hari terakhir aku melibatkan diri dengan pelajar2 yang baik ini. tiga hari selepas ini, aku secara rasmi menjadi cikgu pelajar sr. sepenuhnya. terima kasih dan selamat tinggal jr. six love students. korang memang best!

byes (copy again from winnie)

13 comments:

MIMIE AFINIE said...

Tentu best jadi cikgu kan? Boleh akak bayangkan macam mana alias melayan kerenah anak murid. Btw, mana pi shoutbox?

MIMIE AFINIE said...

Boleh akak bayangkan macam mana alias melayan kerenah anak murid. Btw... nak tanya ni, mana pi shoutbox?

alias derais said...

best jadi cikgu, akak. kalau memang nak jadi cikgu la. kalau jadi cikgu sebab takde kerja lain, maksudnya cikgu is the second choice or last choice, menderita la jawabnya sebab karenah budak2 ni macam2.

pada saya, dapat melihat budak2 membesar dan meningkat kematangan diri adalah satu kepuasan. apatah lagi yang mendapat kejayaan dalam pelajaran. kejayaan tu tak semestinya dapat semua A la. asalkan budak tu ada menunjukkan peningkatan, kita dah hepi dah. tapi kena usaha berterusan sebab budak2 ni kena diberi perhatian sepanjang masa. kalau tak, terbabas le.

pasal shoutbox tu, hmm saya pasifkan sekejaplah akak. sebabnya, baru2 ni blog saya diganggu peracau yang meracau2 tak tentu pasal di shoutbox itulah. meracau pulak tu bukan sebarang racau. meracau dengan niat yang amat keji pulak tu. so, saya buat keputusan untuk pasifkan shoutbox. akak rajin2kan le menaip di kotak komen ni.

byes!

danny said...

saya rasa, saya tak mampu nak mengajar budak2 ni. Mengajar budak dewasa ok lah. sebabnya saya ni tak pandai melayan karenah budak2. mengajar budak tua ni pun memeningkan... hehehe

Am+ir=? said...

peracau yang meracau2 tak tentu pasal tu bukan saya kan?I am angel.Saya cuma gurau gotong-royong je.

alias derais said...

danny,
mengajar budak2 tua n budak2 kecik is totally differ la. kat uni, i think senang nak mengajar, semua orang yang pegi situ boleh dikatakan dah tau hala tuju hidup diaorang. but in skol, terutamanya sekolah rendah, susah wo. selepas 4 thaun mengajar budak2 junior n dipindahkan mengajr sekolah senior, aku boleh katakan bahawa mengajar budak besar jauh lebih senang.

so, sesiapa cikgu yang mengajar di sekolah rendah, tahniah wei. korang memang hebat.


amir,
dah tentu bukan awak peracau tu. peracau tu bukan sesiapa dalam kelas tu pun. budak2 kelas tu suma2pun best.

byes!

Am+ir=? said...

cikgu.camana nak add shout box tu?

alias derais said...

ok amir, itu simple je. i dah tinggalkan mesej i kat u punya blog. tolong check ruangan komen kat situ.

byes!

danny said...

cikgu alias ni asal kota sarang semut kedah ka?

Unknown said...

mesti sedih kan?

raya kampung mana dulu? mesti mem ko banyak buat kueh tahun ni. maklum le tahun gumbira. hihi

alias derais said...

encik danny dari pangsenam,
ye. memang tepat sekali. aku memang dari kota sarang semut, kedah. eh, mane ko dapat info ni? musykil ni..

puan ainin,
memang le sedih beb. aku tapi ok je sebab sebelum2 ni camtu jugak. hmm, pasal raya pulak. aku balik rumah diriku sendiri dulu. sebelah petang aku balik ke rumah diri isteriku pulak. sebab last year punya raya, celebrate sebelah pagi kat rumah diri isteriku.jarak rumah diriku n rumah diri isteriku ialah kurang lebih 40 minit perjalanan kat highway je. eh, mem aku tak buat kuih lagi kerana belum tiba masanya lagi.

danny said...

saya boleh bayangkan musti cikgu alias ni disukai oleh muridnya. Bila murid telah menyukai cikgunya maka mudahlah ilmu itu nak ditransferkan. yelah... jarang kita dengar cikgu nak buat cerpen pasal anak muridnya.

alias derais said...

danny, respons terhadap komenmu ini aku dah letakkan di en3 kelas pertama tatabahasaku. teruskan kesetiaanmu mengomen.