Monday, September 15, 2008

belajar tatabahasa bersamaku

Okeylah, tuan-tuan sekelian. sebagai salah seorang yang melibatkan diri dengan dunia blog, aku menyahut saranan kerajaan kita supaya menulis secara berhemah dan tidak menyinggung sesiapa.

Hmm, tapi kalau orang lain pulak yang menyinggung kita, camne?

Oh ya, kita mestilah teguhkan iman dan banyakkan bersabar.

Okeylah, buat pertama kalinya sebagai seorang yang hari-hari, kecuali hari cuti bercakap dengan budak2 pasal BM, kali ini aku mengambil peluang untuk menggunakan ruangan blog ini untuk mengajar sesiapa yang datang ke blog ini tentang BM.

okey, semua orang ynag berminat untuk belajar. Pelajaran hari ini ialah;

tentang penggunaan perkataan 'ialah' dan 'adalah.'

kalau korang pandailah, mana satu ayat yang betul?
1)Beliau adalah bapa kawan saya.
2)Warna kegemaran saya ialah biru.

Sebenarnya, kedua2 ayat di atas tu salah. Sering kali saya menemui pelajar saya menulis ayat yang salah seperti ini. Begitu juga dalam bahan bacaan lain. Banyak orang yang menyangka bahawa perkataan itu dapat digunakan sesuka hati sahaja. Sebenarnya salah!

Penggunaan yang sebenarnya ialah;
Perkataan 'ialah' digunakan selepas perkataan(kata nama am atau khas)cth,
1)Beliau ialah guru (kata nama am) sekolah kami.
2)Bangunan itu ialah Bangunan Sultan Abdul Samad (kata nama khas).

Perkataan 'adalah' pula digunakan selepas perkataan (kata sendi nama atau kata adjektif).cth,
1)Warna baju abang saya adalah biru (adjektif).
2)Hadiah ini adalah untuk (kata sendi nama) abang.

pun begitu, dalam satu laras bahasa yang lain pula, iaitu membuat pengumuman, ayat seperti ini biasa kita jumpa;
Adalah dimaklumkan bahawa.... Ayat ini diterima sebagai betul pula walaupun perkataan dimaklumkan bukanlah kata sendi nama.

ok, ada faham?

akan datang, aku nak ajar korang pasal penggunaan perkataan: boleh dan dapat. ada beza ke kedua2 perkataan ini?

kalau sesiapa yang ada maklumat tambahan tentang ilmu tatabahasa ni janganlah segan hendak berkongsi maklumat. dan kalau ada sesiapa yang tatau tentang soal ini, dan mendapat tau tentang soal ini selepas membaca en3 ini, ucapkan terima kasih. tak payah cakap kuat2lah. cakap dalam hati pun dah cukup.

ini gambar untuk hiasan je. bunga ni bunga liar yang tumbuh kat tepi longkang rumahku kat kampung bunga ni kecik sesangat. aku snap pakai macro mode + raynox 250!


okeys,byes!

12 comments:

Unknown said...

bagus sangatlah ko buka kelas tatabahasa ni. Ramai yang tak reti-reti/tak pandai-pandai, termasuklah cikgu-cikgu sendiri. Erk, bukan ko ler, cikgu sekolah lain tu. Aku ada jumpa ramai. hihi. Yang tak bestnya kesalahan tatabahasa bersepah2 pada satu newsletter sekolah dorg yang in malay tu. Sakit sungguh hati aku!

alias derais said...

terima kasih le atas sokongan ko tu. pasal tu aku memang faham. aku pun pernah jumpa banyak newsletter dari skol n kadang2 pusat tuition yang hantar ke rumah dengan begitu banyak kesalahan tatabahasanya.

aku akan teruskan kelas tatabahasa ini dengan harapan kesakitan hatimu itu akan dpt dibaiki sedikit demi sedikit. harap bersabar ye. hihihi pun.

MIMIE AFINIE said...

bagusnya kelas tatabahasa alias ni. Bukan cikgu2 dan murid2 je perlu belajar, mak2 murid macam akak ni pun boleh belajar sama... tak gitu?

danny said...

bagus usaha cikgu ni. sekurang2nya boleh saya belajar penulisan yang betul walaupun kadang2 terbabas juga. hehehe...

err... cikgu dulu belajar kat UM kan? Pernah berguru dgn zubir ali kan? Rasanye lah...

alias derais said...

kak mimie,
tq le atas puji2an tu. ni je yang saya buleh buat utk bantu orang lain yang datang ke sini. tapi, saya bukan kamus. banyak juga aspek bahasa yang mengonfiuskan. sama2 le kita confius. hihi

encik danny dari pangsenam,
kita jadi cikgu, macam jadi pemimpin jugak. ada yang suka cara kita, ada yang tak suka. tambah2 plak jadi guru pengawas aka guru disiplin seperti diriku ini.

pasal tulis cerpen tu, dah memang hobi le. budak2 tu pun suka. ada kenangan utk dikenang nanti.

satu lagi, pasal asal-usulku ini. aku memang ex um n pernah kutip ilmu drpd pak zubir dulu.

Catatan ZZ said...

wah, bagusnya..semoga kelas tatabahasa ni mendapat sambutan..sebenarnya saya sendiri 'kureng' bab2 tatabahasa ni (so, betul ler kata ainin tu)..tggu kelas seterusnya pulak

alias derais said...

terima kasih atas sokonganmu itu, zahida. kelas seterusnya akan menyusul kelak. moga2 kita mendapat manfaatnya.

SATIRA + KACAU said...

Bagus. Bagus. Bagus. Inilah ucapan dari Satira + Kacau

syimasyawal said...

Faham cikgu!
Cikgu kita selalu buat benda ni tau, kita memang tak faham cikgu, culu kita belajar lain hehehehehehhe

alias derais said...

terima kasih atas respons kalian. moh le kita belajar topik lain plak. moga2 dapat membantu kalian dan mengingatkan diriku sendiri.

moh kita..

Jankaulu said...

saya mendaftarkan diri ni, he he he.saya suka bahasa walaupun tak mahir.

bila membaca saya tak tau yg mana betul yang mana salah ayatnya tatabahasanya, begitu juga bila menulis...

kerap kali bukan terbabas tapi tertak tahu...

bagus usaha cikgu.

alias derais said...

encik jankaulu,
terima kasih atas lawatan ke sini. marilah kita sama2 berusaha baiki diri. yang mana kurang tu, kita saling tambahkan. kongsi ilmu tu tak salah kan?

encik jankaulu ni geng encik danny kan? terima kasih sekali lagi.