Friday, September 19, 2008

belajar tatabahasa bersamaku episod 2

cheiwah! macam drama kisah masyarakat di tv plak ye, ada episod2. apapun, berdasarkan respons yang baik dalam kalangan pengunjung setia atau yang terbabas ke blog ini, aku lanjutkan lagi pelajaran BM kali ini.sebenarnya, semangat aku berkobar2ni sebab yelah korang dah kasik aku banyak respons positif dalam kelas pertama tu. walaupun bahasaku sedikit cacamarba, tujuannya murnilah. aku nak kongsi dengan korang suma pasal penggunaan kosa kata.

pelajaran episod ini ialah berkenaan penggunaan perkataan BOLEH dan DAPAT.

contoh,
1)Nenek tidak boleh mengangkat kotak yang berat itu.
2)Saya tidak dapat menonton wayang kerana tidak dibenarkan oleh ibu.

yang mana ayat yang betul, beb?
yang sebenarnya, kedua-dua ayat pun SALAH!

paling kritikal ialah penggunaan perkataan BOLEH. orang menggunakan perkataan ini dalam apa-apa situasi.

sebenarnya, perkataan BOLEH membawa makna KEIZINAN.perkataan DAPAT pula membawa makna MAMPU @ KEMAMPUAN.

contoh ayat;
1)Nenek Abu dapat mengangkat kotak yang berat itu walaupun sudah berusia 140 tahun. (dalam ayat ini, perkataan dapat menunjukkan bahawa si nenek itu mampu)

contoh ayat;
1)Saya tidak boleh bermain dengan budak-budak itu kerana tidak dibenarkan oleh ibu. (dalam ayat ini, perkataan boleh menunjukkan bahawa saya tidak diberi keizinan).......kalau korang nak lebih faham lagi, cuba fikir balik masa korang sekolah dulu. waktu nak pergi ke tandas tu, korang cakap,"cikgu, dapatkah saya ke tandas?" @ "Cikgu, bolehkah saya ke tandas?" ....korang cakap bolehkah kan? sebab korang sedang meminta izin.

PERSOALANNYA SEKARANG IALAH!
1)betulkah hukum bahasa bagi cogan kata "Malaysia Boleh"?

alah, korang fikirlah sendiri berdasarkan penerangan ringkas di atas tu.

pelajaran akan datang adalah tentang hukum PTKS. eh hukum apa benda tu?
ni kira hiasan kali inilah. gambar ni aku snap masa budak2 aku main futsal kat gelanggang basketball skol aku.

byes!

6 comments:

danny said...

maknanya slogan Malaysia Boleh tu dibuat tanpa merujuk kepada pihak yang sepatutnya...

cikgu alias... apakah maksud penggunaan titik2 terakhir selepas ayat? ada org buat byk titik... ada buat 3 titik je.

alias derais said...

encik danny,
sebenarnya, dah banyak dah slogan atau istilah dalam BM yang diciptakan oleh pihak2 tertentu tanpa merujuk badan bahasa seperti DBP. yelah, pemimpin2 kan pandai dan boleh buat apa sahaja tanpa merujuk kepada sesiapa. lagipun, kita yang di bawah ni, apa kuasa kita nak mencegah?

cuba tgk satu istilah ganjil saluran televisyen di negara kita sebagai contohnya, ala.. saluran yang tak best tapi menukarkan istilah je dgn harapan supaya orang nonton saluran itu. mereka menggabungkan perkataan pinjaman BI dengan separuh perkataan BI. maksud asalnya ialah saluran maklumat dan hiburan. pak menteri ni, bila ditegur pasal istilah tu yang nampaknya membelakangkan bahasa Melayu, dia melenting dan mengatakan istilah itu istilah teknikal yang dicipta oleh pakar istilah. yang herannya, orang2 di Dewan tak tau pula pasal tu. habis, apa kerja orang di Dewan. kesian diaorang.mujurlah pak menteri ni tak lama pegang kerusi tu. woophh! tanak komen lagi. nanti menginggung perasaan pihak tertentu. ini arahan pihak berkuasa!

soalan kedua, pasal penggunaan titik2 dalam ayat atau dialog.

hmm, encik danny ni orang pertama tanya soalan ni. tahniah, tapi tak ada hadiah ye.

jawapannya: 1)menunjukkan perkataan terakhir disebut panjang sikitlah.
2)dialog tak habis cakap, pastu ada orang potong (interupt)
3)gagap atau cakap ketika takut2 atau malu2.

setahu saya, hanya tiga titik sahaja yang boleh dibuat bagi menunjukkan dialog tak habis atau sebutan perkataan panjang atau gagap atau cakap terputus2. kalau buat empat titik, titik keempat berfungsi sebagai noktah.
tapi saya jumpa banyak orang suka2 buat titik. saya tatau mazhab apa diaorg pakai.

semoga dapat membantu. teruskan bertanya. tak kena bayar punya.

Dianah said...

Wow, cikgu, you even teach online?
Very rajin :)

alias derais said...

cik dianah,

baru tau ke? i memang le macam tu.selamat hari raya untuk awak sekeluarga di Qatar. jangan nangis tau.

farahzzz said...

Terima kasih, cikgu! Nampaknya lagu tema musim peperiksaan kali ini perlu diubah suai sedikit:

Jika kau fikirkan kau DAPAT, Kau pasti DAPAT melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu... Lalala... Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan, Berfikir DAPAT melakukan, Kau DAPAT!

alias derais said...

tq cik farah,
sebenarnya begini. dah banyak dah benda2 yang silap dalam BM tetapi digunakan sehingga kesilapan itu diterima sebagai betul. kenape? habih,dah selalu sangat digunakan.semua orang pun dah selesa menyebutnya. samalah kesnya dengan ungkapan 'malaysia boleh' tu. walaupun tak ok tetapi dah diterima sepenuhnya sebagai ok oleh suma2 orang. ungkapan tu kalau dibetulkan menjadi 'malaysia dapat', alangkah buruk kedengarannya walaupun itu yg sepatutnya.

janganlah nyanyi lagu 'kau dapat' macam tu. buruk benar pulak kedengarannya. macam pembaca berita menyebut 'bang' untuk perkataan 'bank'. tak percaya? sebutlah 'maybang' utk 'maybank'. buruk wei! haha

okie, byes.