Saturday, November 22, 2008

soalan tatabahasa daripada seorang sahabat

soalan berkenaan berasakan, merasakan dan terasakan.

seorang sahabat bertanya tentang penggunaan perkataan. soalannya yang kat atas tulah. mula2 sekali aku nak beritahu korangslah bahawa aku ni bukanlah kamus tatabahasa atau kamus dewan. maksudku, bukan aku tak nak menjawab soalan tu, maksudnya ialah diriku ini tidaklah sempurna. ada juga aspek tatabahasa yang aku sendiri pun tatau. bidang bahasa ni luas benar ruang lingkupnya. tapi aku cuba tolong terangkanlah mana yang dapat. harap2 dapatlah membantu. cuma, sejujurnya soalan yang sahabat ni berikan, aku sendiri pun tatau macam mana nak menerangkan.tapi aku cubalah sekadar termampu.

setahu aku, perkataan berasakan, terasakan dan merasakan itu ialah kata terbitan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan apitan. kata dasarnya ialah perkataan rasa. ber+rasa+kan. satu r dihilangkan melalui proses yang ada orang sebut sebagai proses peluluhan perkataan. ada banyak istilah lainlah untuk proses itu. aku tak ingat sangat.

menurut KAMUS DEWAN;
berasa=mendapat rasa
berasakan= tidak ada pengimbuhan ini
terasa=dapat dirasa(i)
terasakan=terasa akan (dia terasakan sesuatu yang memilukan hatinya.)
merasa=mengalami rasa dengan lidah
merasakan=menjadikan berasa atau merasai, menginsafi, memikirkan

yang menjadikan keadaan keliru ialah belakangan ini, ramai benar orang yang menggunakan kata terbitan berasakan walaupun setelah dirujuk kamus dewan, tidak ada pengimbuhan itu. aku minta maaf sebab tidak dapat membantu utk aspek ini. cuma, aku rasa, berasakan itu sama maksudnya dengan berfikiran atau beranggapan. sebab ada orang guna ayat seperti ini: saya berasakan bahawa perkara itu amat serius dan perlu ditelitikan. cuma, dari segi sistem pengimbuhannya, tak pastilah betul atau salah. bila aku rujuk tatabahasa dewan, memang ada pengimbuhan ber-...-kan. cuma, aku tak pasti sama ada boleh digunakan utk berasakan. jadi, sesiapa yang lebih arif, silalah tampil membantu.

cuma, aku nak jelaskan pada korang tentang bezanya kedua-dua perkataan inilah, iaitu BERASA dan MERASA. kedua2nya tidak sama tetapi aku pernah jumpa novel yang ada ditulis ayat seperti ini: dia merasa sangat hairan. aku kesiankan penulis buku itu kerana kesilapan itu dan kerana editornya juga tidak mampu melihat kesalahan tatabahasa itu. salam takziah buatnya.

berasa=mudahnya, berkaitan dengan perasaan: dia berasa gembira, berasa hairan, berasa geram, berasa rindu, dll.
merasa=mudahnya, berkaitan soal mendapat rasa iaitu emak kita merasa masakannya, cukup garam atau pun tidak. itulah situasi penggunaannya.

gambar hiasan kali ni. kaki baby aku. bila dah takde keje nak dibuat. rakam guna 50mm lens + close up filter.

okeis, byeis!

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu!

erk, apa kono mongono kaki baby dengan entri rasa merasa ni? Hehehe. apo2 pun terima kasih kerana cikgu sudi mongajar orang yang tak pandai macam sayo ini :)

Terima kasih cikgu!

alias derais said...

baguslah kalau zalisa ada kesedaran berkenaan ketidakpandaian itu. gandakan usaha anda (ini ayat dlm buku report prestasi pelajar ni.)

pasal apa kena mengenanya gambar dgn n3 tu, ada le. tak buleh cakap. okeyh, byes!

Am+ir=? said...

rajin pulak cikgu tangkap gambar kaki baby

alias derais said...

bila dah takde keje nak dibuat, amir. itulah yang jadinya.