Thursday, November 20, 2008

orang baru dah datang dalam keluargaku

oh, aku dah lama tak menjenguk blogku ini. bukannya apapun, aku sibuk dan keadaan menjadikan aku lebih sibuk. awal pagi ahad yang lalu, aku mengatur langkah dengan perasaan yang bercampur baur ke hospital. kejab2 happy, kejap2 bimbang, kejap2 takut, dan kejap2 macam2 lagilah perasaan aku. kira kalau tulis novel tu, kita tulis perasaan berkocaklah. sebabnya satu je. tanda2 orang rumahku nak melahirkan anak telah tiba. so, dengan tidak membuang masa lagi dan dibantu dengan segala jenis perasaan yang berombak di dadaku, aku menghantarlah orang rumahku ke hospital yang khas untuk orang pompuan bersalin, iaitu di pusrawi kota damansara.

actually, kalau nak diceritakan, panjang le jugak. jadi, aku pendekkanlah ceritanya. mem aku berjaya melahirkan anak secara kaedah pembedahan. doktor zulkhairi yang mengetuai acara bedah tu dengan cekapnya membedah perut memku. aku yang duduk di samping mem aku tatkala acara tu dijalankan melihatlah dengan berbagai-bagai perasaan juga.

akhirnya, baby berjaya dikeluarkan dari perut mem aku. masa tu, entah kenape aku tak taulah air mataku bergenang sikit kat mata. syukur dan rasa bahagia beb! kami berdua dah tunggu baby ni sejak enam tahun yang lalu, akhirnya penantian itu telah pun berakhir. dan aku, kini, bergelar bapa. dan mem aku tu, kini, bergelar ibu. yeay, kami menjadi ibu dan bapa setelah sekian lama kami menjadi suami dan isteri. terima kasih Tuhan atas limpah rahmat-Mu ini ke atas keluarga kami. syukur, ALHAMDULILLAH.

january dah tak lambat lagi dah. aku harap encik nabil akan datang ke sini dan baca entry ni. harapannya, supaya encik nabil menjadi bertambah2 teruja menanti kehadiran puterinya. tahniah in advance le buatmu nabil.


oh, melalui entri ni aku nak ucapkan terima kasih kepada suma2 orang yang mengesms atau mengecall aku untuk ucapkan tahniah kepadaku hari tu. dalam senarai panjang orang yang mengesms aku ada terselit nama ainin naufal dan mersik. terima kasih korangs!
ini gambar hiasan kali ni. dan, sebenarnya, inilah gambar hiasan yang aku paling suka. gambar baby aku. oh, lupa nak cakap. baby aku ni baby boy. berat masa lahir ialah 2.8kg. gambar baby yang berbalut kain pink tu ketika betul2 baru dilahirkan dan gambar baby berbalut kain biru tu ialah selepas diazankan dan diiqamatkan.

nota: untuk cikgu yunus AKA abangku, gambar ini bertujuan memenuhi permintaanmu. untuk senah pulak, entri ini untuk memenuhi selera membacamu. utk dr. zulkhairi dan staff di pusrawi kota damansara, terima kasih banyak2 atas perkhidmatan yang amat memuaskan hati.

nota lagi: dua tiga hari ni, aku asyik dok tenung muka baby tu. tak sekalipun aku rasa muka dia tak comel walaupun dia sedang bersin. lepas tu aku pikir2, macam mana orang sanggup beranak dan buang pulak anaknya itu? misteri, kan? meh le sama2 kita fikirkan.


byes!

12 comments:

Jankaulu said...

semoga semuanya selamat dan membahagiakan, tahniah.

Nabil said...

Tahnih Alias!!
Aku mmg tunggu2 entry ko pasal baby ni...sama rupanya kita ni ya...masing2 dah lama menunggu ^_^

Semoga ko dan isteri menjadi parent yang baik dan cool ^_^

Err apa nama boy ko ni?

alias derais said...

jankaulu,
terima kasih banyak2 atas doamu itu, kawan. aku doakan ko pun bahagia dgn keluargamu itu.

encik nabil,
terima kasih atas doamu. aku rasa ko mesti dah tak sabar2 kan. dah dapat rasa ke pergerakan baby kat dalam perut mem ko tu?

nama baby boy aku ialah irfaan. irfaan bin alias. simple sebab aku nak suma orang panggil nama penuhnya. irfaan membawa maksud kesyukuran, pengetahuan atau ada yang mengatakan kebijaksanaan.

harap2 takdelah pulak orang panggil dia fan saja. sebab fan dalam bhs inggeris maksudnya lain benar dgn maksud asal nama dia. minta dijauhkan!

ok, byes.

Nabil said...

fan tu okla gak..kipas yg menyejukkan :D

ko ni mesti minat sama anak kak aina yg nama irfan tu :D

org buang anak tu mmg tak rasa camne susah nak dpt anak, camne anak tu sebenarnya satu amanah yg Allah anugerahkan kpd kita...kita baru rasa gerak2 dlm perut2 tu pun kita dah sayang inikan pulak la bila dah ada dpn mata...tu la akibat kalau pk yg bawah je tak naik ke atas :)

alias derais said...

nabil,
aku tak perasan pulak pasal irfan anak kak aina tu. nama tu dtg drpd mem aku. aku okey je asalkan nama tu baik maksudnya.

wei, aku dah rasakan pengalaman berjaga malam. lepas ni ko pulak le.

geng aku yg nasib kurang baik drpd kita, i mean dah lama kawin tapi belum ada rezeki;
nurul-joe-6 tahun
pidah-hubby-6 tahun
erol-mas-4 @ 5 tahun

nurul n pidah kawen bulan dan tahun yg sama sgn aku. meh la kita tolong doakan diaorg pulak. sian tau. aku serba salah pulak bila kasi tau diaorg pasal perkembangan aku ni. sian beb. tak kasi tau, nanti diaorg tau melalui org lain- kang kecik hati plak. haih

danny said...

tahniah dari pangsenam

alias derais said...

terima kasih pangsenam!

Nur Hanis Abdullah said...

tahniah cikgu!!! harap baby tu membesar menjadi orang berguna... amiin...

dS said...

Salam dan ucapan tahniah sahaja yang mampu DS hulurkan setakat ini...

Semoga kedua-duanya (ibu & anak) sihat walafiat sehingga habis tempoh berpantang. Berilah layanan 5* untuk mereka... sampaikan salam DS buat orang rumah ya!

alias derais said...

anis,
terima kasih anis atas doamu itu. saya takkan lupa. korang kat kelantan atau jb sekarang ni?

ds,
terima kasih juga atas doamu. insyaallah, isteriku dan anakku secara sedaya upayanya akan diberikan layanan yang amat baik. dulu2pun macam tu. tapi melihatkan perutnya dihiris oleh doktor hari tu, buat air mataku bergenang ko tau. terlalu banyak pengorbanan, terlalu banyak!

terima kasih kerana mengingatkan diriku ini.

byes!

Mersik said...

Cikgu Lias ,

Tahniah la kerana dapat baby baru.

Bila kite boleh serbu umahnya? hik hik

Ceh, ceh, jambul baby tu nampak sama la ngan jambul ayahnya kekekek...

alias derais said...

terima kasih encik mersik. aku tanak panggil ko pokciklah, takut nanti ko tua sebelum usia.

datangle ke rumahku bila ko senang. pasal jambul plak, aku sendiri pun nak tegelak. tiba2 dia ada jambul skit.

kbyes!