Monday, November 10, 2008

tiba-tiba je...segalanya tinggal kenangan.

tahun 2008 bakal melangkah pergi.segala2nya kini hanya tinggal kenangan. tahun 2008 banyak membawa perubahan kepada diriku dan keluarga kecilku. kali ini, aku cakap pasal karier akulah. aku kan ada karier.

selama beberapa tahun aku berkhidmat di seri cahaya, kini tibalah masanya untuk aku mengubah haluan hidupku. bukannya seri cahaya tidak menyeronokkan. malah, seri cahaya amat bermakna buat diriku yang kerdil ini. namun, hidup mesti diteruskan. perubahan demi perubahan mesti dibuat. tadi siang, aku menyertai taklimat untuk menjadi penjawat awam. esok siang pulak, aku akan melangkahkan kakiku ini ke sekolah baru yang para pelajarnya telah pun bercuti, kecuali pelajar spm, rasaku.

bekas pelajarku, cheyenne, bukan main suka lagi bila dia tau aku akan menyertainya di sekolah itu. pauline, simone the cutest, pulak macam boring je sebab aku akan tinggalkan dia orang untuk sertai cheyenne. ramai pelajar yang berkata, "kenapa cikgu nak pergi? janganlah pergi, cikgu. cikgu tak suka kita orang lagi ke?" itulah yang nadia, ziany, amirah, avinaash, augustine, sean, kah haw, khai teq, matthew dan ramai lagi cakap. sayangnya, aku tak sempat jumpa faza, budak kelakar tu.

banyak lagilah ayat2 sebegitu aku dengar dua tiga hari ni. oh, hati siapa yang tak sedih? aku pura2 tak pedulikan kata2 itu tapi hakikatnya aku sedih sesangat. budak2 tu dah macam ahli keluarga aku. aku kenal benar semua budak2 tu. ada yang stabil, yang cepat emo, yang suka dipuji, yang mengada2, dan macam2lah. sesetengahnya aku ajar mereka sejak darjah dua lagi. cheyennelah, salah seorangnya. yang lain2nya is gary, darren, amelin, kelly fo, audrey, kailash, alex, dan ramai lagi.

farhana memanjangkan mukanya hari ni bila aku singgah sekejap di seri cahaya. aku taulah kenapa. aku purak2 tak perasan je. hanis n liyana tu biasalah, senyum2 tak habis2.ramai lagi yang tak tau aku pergi. segala2nya berlaku dengan amat pantas. oh ya, michellle n the gang from international skol pun terkejut sebab aku nak tinggalkan diaorang. semuanya pun marah dan sedih. apa boleh buat. korang masih terlalu muda untuk memikirkan jauh2 ke depan.

akhir sekali, aku ingin mengucapkan terima kasihlah sekolah seri cahaya kerana peluang yang diberikan selama beberapa tahun ini. hari pertama aku bertugas di seri cahaya ialah hari pertama aku bergelar seorang guru! kesegalaannya yang berkenaan dengan keguruan diriku ini bermula di seri cahaya. doaku, moga2 seri cahaya yang kusayangi ini akan terus maju ke depan dan muncul sebagai salah sebuah sekolah swasta yang terbaik dan moga2 rezeki sahabat2ku yang berjuang mendidik bangsa malaysia di seri cahaya akan melimpah ruah.

terima kasih, seri cahaya! terima kasih, segalanya!

mulai esok, aku akan menjadi guru di smk (p) sri aman pula. moga2 segalanya berjalan dengan lancar. moga2 penerimaan pelajar yang semuanya perempuan itu terhadap diriku ini sama atau lebih baik daripada ketika aku bertugas di seri cahaya! moga2!

rekod tugasku di seri cahaya!
2001- mengajar pelajar tahun 2 dan 3
2002-mengajar pelajar tahun 3 dan 5
2003-mengajar pelajar tahun 4 dan 5
2004-mengajar pelajar tahun 1 (tiga bulan) dan 6

keseluruhannya= aku pernah mengajar pelajar sekolah rendah bermula tahun 1,2,3,4,5 dan 6! wow. itu belum hebat lagi beb. tengok rekod yang seterusnya!

2005-mengajar pelajar tingkatan 2, 3 dan 4
2006-mengajar pelajar tingkatan 3 dan 5
2007-mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2
2008-mengajar pelajar tahun 6 dan tingkatan 1

keseluruhannya=aku pernah mengajar pelajar tingkatan 1 hingga 5! wow. satu rekod lagi. jika digabungkan semua sekali. aku pernah mengajar bermula dari pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. ada ke orang lain yang pernah buat begitu? oh, satu lagi. aku pernahlah mengajar di international skol walaupun beberapa hari je. (nak tunjuk hebat lagi tu.haih)

korang mungkin konfius kan? macam mana aku buleh mengajar di kedua2 buah sekolah. maksudnya, sekolah rendah dan menengah. jawapannya: sekolah aku ada rangkaian sekolah rendah, menengah dan international skol dalam satu kawasan yang sama. ketiga-tiga buah sekolah ini berkongsi kemudahan yang sama seperti padang bola sepak dan kantin. tapi waktu rehatnya tidak sama. so, tak bertembunglah.

ini gambar hiasan kali ni. perkataan cinta sekolah tu sebenarnya tajuk manuskrip asal bagi novel Kalkulator Mylia. tajuknya ganas benar. KD risau nak terbitkan novel guna tajuk tu.













*nama2 yang tak disebut dalam en3 ni, sorry ya. bukan tak ingat atau tak sayang. tapi terlalu banyak!

okies, byes!

12 comments:

danny said...

selamat bertugas di tempat baru.

alias derais said...

terima kasih encik danny.

Catatan ZZ said...

amboi cikgu! memang tak boleh lawan rekod cikgu tu...whatever, selamat bergelar penjawat awam :)

Unknown said...

sedih, aku faham perasaan tu.
tapi tak lama lagi mesti ko hepi melebihi kesedihan ko, bila 'org baru' melihat dunia.

Erk, aku tau kesedihan dan kegembiraan sesuatu yang kontra. tak payah nak berleter. hahaha.

cuma, aku menyampah sbb ko masih suka berlagak. Eeeee. Bila la ko nak insaf ni?

dS said...

Salam AD,

Apa kbr? Patutlah lama menyepi diri, berpindah sekolah kisahnya. hmm... kita nak ucap selamat bertugas di sekolah baru dan semoga perubahan ini bakal membawa cahaya baru yang lebih berseri-seri, insya-Allah.

Am+ir=? said...

cikgu.....saya tak sempat nak berterima kasih...cikgu pergi pun tak cakap.....terima kasih kerana mengajar saya.....usaha cikgu takkan saya lupakan...saya dapat 5A....TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!...

alias derais said...

zahida,
rekodku itu taklah seberapa (cheiiwah, merendah diri plak). terima kasih kembali.

ainin,
mula2 aku ingat nak hapuskan je komen ko ni sebab ko cakap aku suka belagak, tapi aku biarkanlah..anggap jelah sebagai hiburan.

ds,
terima kasih sebanyaknya atas doamu itu.

amir,
tahniah sebab awak dapat 5A. namun, pencapaian itu masih mampu ditingkatkan lagi. gandakan usaha anda. (ayat kat dalam report card)

sorrylah sebab tinggalkan u all suma. hidup mesti diteruskan, betul tak? selamat belajar di seri cahaya. awak kan ada mozzad? apa2 hal, jangan lupa kasi tau master kat msn, faham?

Am+ir=? said...

Ceh,bergelar master pulak, apsal laa cikgu tak bagitau saya cikgu nak pergi...at least cakap laa goodbye ke...kan orang dah emo...

Jankaulu said...

Selamat bertugas di tempat baru cikgu. Saya nak tanya `berasakan', `terasakan' dan `merasakan'. time mana nak guna, atau ke ketiga-tiganya sama belaka?

Jankaulu said...

Selamat bertugas di tempat baru cikgu. saya nak tanya `berasakan', `terasakan' dan `merasakan' time mana kita nak guna? atau ketiga-tiga sama sahaja?

Nabil said...

ALIAS!!! Tahniah dpt baby ^_^

Ko pegi sekolah all girls tu mata jgn rambang lak tau :D

alias derais said...

amir,
saya dah beritahu budak2 senior pasal pemergian saya ke skol lain tu. cuma, u all saya tak sempat nak jumpa. tu pasal saya tak kasi tau.

sorry untuk segalanya, ye!

jankaulu,
saya akan jawab soalan ni dalam entri akan datang. maaf kerana terpaksa menunggu.

encik nabil,
terima kaseh atas ucapan tahniahmu itu. saje je aku cakap macam tu kat blog ko, nak kasi ko lebih teruja lagi menanti kehadiran sang puteri.

byes suma!