Thursday, June 10, 2010

hari guru-episod akhir

p/s: klik pada gambar utk lihat saiz sebenarnya atau untuk memuaskan nafsu mata anda. nyeheheh!

dan inilah tahun yang menggembirakan aku-oh sungguh-kerana sempena sambutan hari guru ni aku dapat banyak hadiah--tak senonoh kan? macam budak kecik kan?

tulah yang korang tak tau. setiap manusia ada cara pemikirannya yang tersendiri-dan tak bolehlah kita nak katakan pemikiran dia tu salah semata-mata kerana gaya berfikirnya tidak sama dengan kita-

oh inilah yg ingin aku katakan dalam episod ni-pada aku beginilah-aku cukup takut kalau mengajar sekolah rendah atau menengah rendah yakni f1 hingga f2 tapi bila sambut hari guru tak dapat hadiah-aku cukup bimbang keadaan itu. pada aku simple saja- pemberian hadiah tanda penerimaan orang terhadap kita-tak ada hadiah, maksudnya lebih kurang macam nilah-iaitu orang kurang menerima kita. yelah, mana ada orang kasi hadiah kalau dia tak suka kita kan? lainlah kalau kat dalam bungkusan tu ada bom.

tapi tak semestinya jugalah-ikut keadaanlah juga-sebab kalau dah mengajar sekolah anak2 pedalaman yang miskin, apa yang hendak diharapkan?

tulah sebabnya tahun ni aku gembira sangat-sebab dapat banyak hadiah seperti dulu2-gembiranya bukan 100% pada hadiah-tetapi gembiranya terhadap penerimaan pelajar terhadap kita. tak bestlah jadi cekgu kalau pelajar2 tak suka-betul tak?

kalau dah mengajar f4 dan f5 susah le nak dapat hadiah macam mengajar f1 dan f2-yelah, f4 n f5 kan dah terlebih matang-kasi2 hadiah kira macam keanak-anakanlah-tak matang--kunun!

korang tengoklah hadiah ni-oh aku dapat jam tangan, 7 helai tali leher baru, frame gambar yang dah siap2 letak gambar irfaan, buku manual photograper berharga rm120, coklat, biskut, alat2 tulis, kad2 yang comel dengan isi yang mengharukan perasaan dan macam2 lagilah.

jadi, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan hati anda yang memberikan hadiah atau kad atau bunga atau apa2 tanda penghargaan dan ingatan-terima kasih sebanyaknya-halalkan segala kekurangan diriku andainya tidak dapat mencapai jangkaan korangs!

byes.

No comments: