Thursday, June 10, 2010

oh baju raya

p/s: klik pd gambar utk lihat gambar dgn saiz sebenar.


kejadian: membeli kain utk membuat baju raya
latar masa : siang-agak2 nak malamlah jugak
latar tempat: subang jaya-nagoya
latar masyarakat: oh masyarakat yang hiruk-pikuk n pelbagai kaummmm.

ni ha ceritanya-aku secara tiba2 pula pada tahun ini bertukar peranan daripada menjadi tukang komen pasal kain yang nak dibeli kepada tukang jaga pegawai khas pemeriksa. oih, ini kerja yang meletihkan.

dulu2, aku akan jalan2 dengan mem dan tengok2 jenis kain dan komen2 sikitlah-kalau ada orang tengok, aku akan menampakkan lebih kemesraanlah supaya orang2 yang tengok tu akan rasa cemburu kerana suami mereka tak macam tu--haih, lakonan--oih, aku tak buat macam tupun-oh aku buatlah tapi tak berlakon-isteri aku ada satu tu je, kenalah jaga baik2 kan.

okeh, ini cerita tahun ni-encik irfaan telah menjalankan tugas pemeriksaan beliau dengan penuh semangat-kalau selama ini rumahku sahaja diperiksanya -kali ini tidak lagi-habis merata2 kedai nagoya tu dia survey-penat jugalah aku mengekor dari belakang-nak pegang tangan dia, huih, siap menepis-nepis tu-tak nak kasi orang pegang tangan dia-hamboih!

kesimpulannya, aku dah beli kain utk buat baju raya-memang tiap2 tahun pun macamtulah-aku suka beli kain kat nagoya-ada satu jenis kain ni aku selesa sgt bila dijadikan baju melayu walaupun kain dia tebal macam kain langsir. aku suka baju melayu johor walaupun aku orang kedah-sebenarnya, aku maleh nak cekikkan leher aku dengan butang yg banyak dalam baju melayu kedah ni- tengok, aku manusia yang serba ringkas. rambut kurang, baju butang satu je, isteri pun satu--ringkas kan?

byes!

No comments: