Wednesday, October 6, 2010

lumrah kehidupan

siang tadi. entah apa yang merasukku, tiba-tiba, semasa calon2 PMR berdebar-debar untuk memulakan hari pertama periksa, aku dengan camera terjenguk2 di tepi staff room. aku tak taupun nama pokok ni-cuma aku sukalah dengan warna bunga yang kontras dengan warna daun ni-dua-dua pun cun kan? gambar ni mewakili usia muda-cun, cantik, hijau, segar dan kesegalaannyalah.
sudah ditentukan oleh ALLAH. bila tiba masanya, usia muda dihambat dewasa. tempoh masa ini sebenarnya kritikal juga-inilah tempoh dimana kita menilai diri kita sama ada sudah tercapaikah cita-cita dan tergenggamkah impian. tempoh ini juga paling kritikal kerana kita kadang2 tidak sedar usia semakin lanjut-sehingga anak2 kecil mula memanggil kita dengan panggilan yang janggal-pakcik! aku telah mengalaminya, dan memanglah buat kali pertama mendengar anak muda memanggil begitu, janggallah juga.
inilah hujung sebuah kehidupan-pada saat ini, penyesalan atau keinsafan tidak banyak mengubah keadaan. sama ada kita bersedia atau tidak, kita pasti melaluinya-dan ramai juga yang tidak berkesempatan melaluinya-kerana awal-awal lagi sudah dijemputNya.

akhirnya, pokok bunga ini bukan lagi sekadar hiasan-malah menginspirasikan kita atau mengingatkan kita gambaran yang amat tepat berkenaan lumrah dalam kehidupan. belajarlah daripada alam-dari situlah juga terbitnya perkataan 'pengALAMan. terima kasih.

p/s: aku pun tak tau kenapa tulisan aku akhir-akhir ni skema sangat. haih.

No comments: