Monday, October 20, 2014

aku dan cucur udang vs sate

Salmiza masih di cameron highland. hari ni aku bertugas sepenuhnya menjaga irfaan dan iffah. selepas ambil diaorang di rumah mummy, kami singgah makan tengah hari. kemudian, lepak-lepaklah kat rumah sambil melayan anak-anak bergaduh. pasal gaduh ni tak usah cakaplah. daripada benda-benda besar sampailah sekecil-kecilnya, tak habis-habis gaduh. aduan rakyat tak usah cakaplah. sampai tak larat mendengarnya.
"Papa, tengok adik ni," adu abang. "Adik ambil mainan lego yang abang dah siapkan," sambungnya lagi.
"Mana ada. adik tak ambikpun," balas adik.
"Ye, adik ambil!" tingkah abang.
begitulah keadaan irfaan dan iffah. kalau baik, siap main peluk-peluk dan guling2 tapi kalau gaduh siap nangis2.

so, lepas melayan aduan rakyat, tiba-tiba abang mengadu lapar. masa tu dalam pukul 4.00 petanglah. so, aku pun tanya abang, nak tak dia makan cucur udang cicah sos. jawapannya, tentulah nak. anak-anak ni suka sangat makan apa-apa cicah sos. so, kami bertiga keluar ke kedai runcit berhampiran untuk beli udang, daun kucai dan taugeh.

sebelum sampai di rumah, aku singgah kejap di gerai jual air kelapa dan irfaan ternampak uncle ni sedang nak nyalakan bara api untuk bakar sate. irfaan nak sate. iffah pun ikut je abang. aku fikir cun jugak kalau beli sate sebab nanti dapatlah kuah kacangnya tu.

tapi, aku tak beli pun lagi sate sebab bara api pun belum nyala. so, malam nanti kita orang akan datang balik untuk beli sate. itu janji aku kepada irfaan.

sampai ke rumah, mulalah aktiviti bancuh tepung dan  bahan2 lain untuk buat cucur udang versi aku.

bahan2 dia ginilah.
tepung gandum
udang
daun kucai
taugeh
garam
telur
bawang
kunyit (untuk kasi kuning)

korang boleh tambah lagilah apa-apa yang korang nak tambah macam gula ke, cili ke, dadah ke (gurau ye), sebab korang yang nak makan, suka hari koranglahkan.

gaul semuanya dan siap untuk digoreng. hidang panas-panas. anak-anak tentulah suka cicah sos. orang tua pastilah pula suka kuah kacang. aku hentam je kedua-duanya. jom tengok gambar.






dah siap goreng cucur udang, kita orang pun makanlah. iffah susah sikit nak makan. dia kuat dengan susu je. abang irfaan memang sempoi punya kalau masak2. dah siap kemas-kemas meja lepas makan tu, tiba-tiba irfaan tanya soalan ini.

"Pa, bila kita nak gi beli sate?" soalnya, tiba-tiba.

hai, dah kenyangpun ingat sate lagi? anak-anak ni kalau dah janji dia akan tuntut sampai dapat.

"Malam nilah," balasku, malas-malas sebab aku tau dia dah kenyang dan kalau beli pun dia tak makan banyak punya.walau bagaimanapun, janji mesti ditunaikan.

adios!

No comments: