Saturday, October 18, 2014

jom masak sotong celup tepung

pernahlah satu hari ni bila aku berbual pasal masakan, tiba-tiba soerang kawan ini berkata dengan penuh kehairanan;
"Kau masak?"
ya, apa masalahnya kalau aku memasak? jadi, melalui entri ini sekali lagilah aku hebahkan bahawasanya selain menulis dan merakam gambar serta berkebun (tanam pokok bunga), satu lagi aktiviti kegemaran aku ialah memasak. cuma, aku tak selalu memasak sebab orang rumah pun selalu memasak. dan alhamdulillah, masakan dia kena dengan citarasa utara aku. jadi, aku memasak bila orang rumah penat ke, atau sibuk dengan hal sekolah dia ke, atau memang hari tu aku nak makan masakan sendiri.

aku kerap  juga masak masakan ni. Irfaan n salmiza suka. nama resepi ni ialah sotong celup tepung. very leceh but berbaloi kalau nak makan puas2. sebab kalau beli kat kedai, ciput je dia buat sedangkan harga dia mahal. padahal, kita tau kos menyediakan resepi ni murah je. selamat mencuba, kalau ingin cuba. 




Cara penyediaannya mudah amat.
Bahan2;
Tepung gandum
Telur
lada sulah (nak kasi rasa pedas)
Rempah kari sikit (nak kasi rasa berempah pada salutan tepung)
Sotong le, apa lagi.

Cara buat;
Basuh sotong bersih2
Letak dalam penapis untuk kasi kering air
Masa nak potong sotong, lap sikit dengan tisu-nak keringkan sotong untuk elakkan letupan
Sediakan tepung gandum yang dicampur dengan rempah kari. kacau. jangan letak air.
Lepas tu, korang sediakan satu bekas lain untuk letakkan telur-kat dalam bekas telur ni le aku letakkan lada sulah.  aku guna semua telur tu, tak kira kuning atau putih-pukul telur tu tanpa belas kasihan.
Dah potong sotong, salutkan dalam tepung dulu, then celup dalam bekas telur. Lepas tu, korang salut sekali lagi dalam bekas tepung tadi dan masukkan dalam kuali untuk digoreng. Masa korang salut ni le korang kena hati2 sebab kalau salutan dia tak elok, berlakulah letupan demi letupan.
Kalau dah angkat dari kuali, korang jangan letak dalam pinggan yang korang dah alaskan dengan tisu. Korang letak dulu dalam penapis untuk kasi minyak kering. Kalau letak dalam pinggan terus, nanti dia akan kumpul minyak dan sotong celup tepung korang tak rangup.

cubalah, kalau berani. hehe.

adios!


No comments: