Tuesday, February 24, 2015

Sebuah Kelas Sejuta Kisah


Episod satu.

Marina amat gembira hari ini. Kejayaan hari ini ialah kejayaan terbesarnya dalam tahun 2015. Dia tidak akan melupakan kejayaan ini. Dia sedar rakan-rakannya amat mencemburuinya, terutamanya alia abrar. Alia cemburu amat. Akan tetapi, alia bijak menyembunyikan kecemburuannya itu. Qamarina juga cemburu. Namun gadis pendiam tidak berperasaan ini bukanlah apa-apa. Dia cuma gadis biasa yang  biasa-biasa sahaja.
                “Kalau saya tak berikan duit raya, budak-budak kecil yang gedik itu akan mengutuk saya,” luah irdina tanpa dipinta, seperti biasa. “Saya rasa macam nak cekik-cekik saja budak-budak itu,” katanya lagi meluahkan perasaan yang tidak bersempadan itu.  Di sebelahnya, si dayang sedang tekun mencari isi penting yang tidak kunjung tiba.
                Kelas berjalan seperti biasa. Sebentar tadi cikgu alias singgah di sebelah nisa. Gadis ini tersengih-sengih kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
                “Kenapa awak tak tulis apa-apa?” soal cikgu alias.
                Dia tersengih lagi.
                “O, awak ni jenis yang tak ada idea kalau saya duduk di sebelah awak, bukan?” soal cikgu alias lagi.
                Nisa menjawab soalan cikgu alias dengan sengihan mautnya. Cikgu alias bingkas bangun  dan bergerak ke tempat lain.
                “Banyak awak dapat angpau tahun ni?” soal cikgu alias kepada Nicole, tiba-tiba.
                Nicole, gadis cina yang tersepit di celah alia dan irdina ini tidak tergamampun. Dia sentiasa bersedia.
                “Merosotlah ,cikgu,” katanya.
                Cikgu alias bergerak ke arah jillian pula. Pelajar ini bersendirian hari ini. Ramya melarikan diri untuk menumpahkan kasih sayangnya kepada aiswarya. Kasihan jillian. Dia terpinga-pinga diperlakukan begitu oleh ramya, anak emas puan amarjeet itu.
                “Banyakkah angpau yang awak dapat, amoi?” soal cikgu alias.
                Jillian mendongak ke arah cikgu alias yang berdiri di sudut kanan mejanya. Dibukakan sedikit matanya yang sepet itu. Kemudian, dia bersuara.
                “Saya belum kiralah, cikgu,” jawab jillian. Lagipun, raya belum habis lagi,” katanya lagi.
                Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan reishma yang duduk di sebelah yasodha, gadis india yang memakai cermin mata berbingkai besar itu. Reishma tersengih-sengih sendirian.
                Persoalannya, mengapa reishma?




bersambung… 



nota: dah lama tak menulis. saya sedang mengasah bakat.

No comments: