Wednesday, February 25, 2015

bila anak-anak berbual

aku sedang menekan-nekan kekunci komputer ketika aku terdengar perbualan anak-anak yang amat comel ini. irfaan dan iffah sedang mereka cipta apa-apalah dengan blok lego yang ada di atas meja. tiba-tiba muncullah perbualan ini di antara mereka.
       "Adik dapat kawan baru tak di sekolah?" soal irfaan sambil tangannya leka mencucuk-cucuk blok lego ke blok yang lain.
       "Ada," jawab iffah, ringkas. "adik ada kawan perempuan, kawan lelaki," katanya lagi.
sebaik sahaja iffah katakan yang dia mempunyai kawan lelaki, muncullah dialog ini dari mulut pelajar darjah satu sk subang bestari ini.
       "eeeee adik ada temu janji," kata irfaan kepada iffah.
       "mana ada," nafi si adik.
aku tidak mampu bertahan menjadi pendengar semata-mata, lalu aku tanyakan irfaan soalan ini;
       "temu janji tu apa, abang?" soalku.
       "keluarlah. apa lagi," katanya, ringkas.




hakikatnya;
iffah tak faham pun apa itu temu janji. dia menafikan kerana dia sudah terbiasa menafikan ayat-ayat abang yang bernada begitu. namun abang ini, aduhai bimbangnya. pengaruh tv amat kuat nampaknya. ayat-ayat dari tv itu sepatah demi sepatah melekat dalam mindanya.

selamat tinggal tuan-tuan.



No comments: