Sunday, July 4, 2010

tahniah holland dan terima kasih jerman

encik maradona yang tak dapat mara lagi--kesan keangkuhan barangkali-n harap dia tak mabuk sesangatlah malam tadi-bimbang kejadian2 lama berulang kembali
encik ronaldinho yang mungkin tidak akan bermain lagi di piala dunia-bermula kejohanan kali ini
skuad oranje yang diharapkan tidak lagi bernasib malang seperti siri2 lepas
encik klose-pemain harapan jerman-hebat di depan pintu gol kali ini-amat berbeza dengan encik rooney pujaan england itu

ini entry pasal bola sepaklah.

holland menang mengalahkan satu lagi kuasa besar bola sepak, iaitu brazil. aku kesianlah jugak pada brazil sebab permainan dia bagus-best jugak kalau dapat tengok dia main di final wc. tapi holland yang juga memiliki pemain hebat juga menampilkan corak permainan yang bagus, jauh sangat lebih bagus daripada england. cuma selalunya holland tidak bernasib baiklah. kali ini mungkin rezeki mereka kot.

aku minat holland pun- atas dasar yang peliklah-satu, van persi main kat situ-n dia pemain arsenal-kedua, van bronkost dan van bommel pun main kat situ-n mereka bekas pemain barcelona-ketiga, sneidler dan arjen robben (yg selalu menjatuhkan diri-hehe) pun main kat situ, simpati sebab bakat mereka berdua tidak dihargai oleh real madrid-itulah sebabnya-sebab seterusnya ialah permainan mereka memang best pun.

jadi, selamat maju jaya buat holland.

baca lagi.

aku nak ucapkan jutaan terima kasihlah kepada skuad muda jerman kerana walaupun tanpa ballack, mereka mampu menghasilkan permainan ynag amat berkesan-hantaran yang pantas, serangan balas yang kreatif, bijak memanfaatkan ruang dan peluang-penyudah yang tajam-klose, muller, dan beberapa pemain lagi-jerman nampak macam semua pemain pun boleh menjaringkan gol. setakat ni di piala dunia, mereka menampilkan rekod kemenangan yang bagus dan amat konsisten-walaupun kalah 0-1 kepada serbia
jerman vs australia-4-0
jerman vs england (yang perasan bagus) 4-1
jerman vs argentina (dihuraikan di bawah ini) 4-0

kenapa aku mengucapkan terima kasih lebih banyak daripada ucapan tahniah kepada jerman?

1)jerman menyedarkan pasukan england yang ingat mereka pasukan terbaik di dunia-padahal, aku menyesal tidur lewat malam utk menonton perlawanan mereka menentang algeria- 0-0. buat sakit hati je-permainan buruk- itulah kali pertama aku menyesal tidur lewat sebab nak nonton bola sepak-sebab tak berbaloi buka mata luas2 lewat malam utk menonton permainan yang buruk.

bila philip lahm menyatakan bahawa england tidak hormatkan jerman, aku bersetuju dengannya-england memandang rendah dengan kemampuan pasukan lain-bila jerman mengalahkan australia, england terlupa pasal tu-sedangkan pasukan mereka seri 1-1 dengan US dan seri pula dengan 0-0 dengan algeria, mereka tak sedar diri lagi-kesian mereka. lepas tu berkobar2 nak kalahkan jerman-kena belasah 4-1, balik rumah hisap cerut.

2)ini lagilah aku berterima kasih--jerman mengalahkan argentina- 4-0. ucapan padan muka ditujukan seikhlasnya terutamanya kepada;
a)maradona
b)tevez

apabila australia kena belasah 4-0, semua orang cakap, biasalah-australia bukan pasukan pilihanpun. siapa australia dalam bola sepak? bila england kena belasah 4-0, maradona masih lagi dengan kesombongannya-keyakinan melampau2, tevez dengan megahnya berkata" jangan sentuh trofi piala dunia (kerana trofi itu milik kami)"-akhirnya ko kena belasah bro-4-0 tu-lagi teruk daripada england.

jadi, aku mengucapkan terima kasihlah kepada jerman kerana berjaya menyingkirkan pasukan yang penuh dengan kesombongan daripada terus berada dalam senarai-selepas ini kita lihat pasukan2 yang sentiasa berhati2 dan tidak merendah2kan pasukan lain yang bertanding.

okeh, itulah apa yang aku rasakan-kalau ada fan england atau argentina yang terbaca, fahamilah bahawa ini komen aku sendiri di blog aku-jadi, suka hatilah aku nak tulis apa-kalu suka baca sampai habis, kalau sakit hati, selamat jalan-jangan cuba2 nak meracau2 tak tentu pasal di tempat orang.

byes!

No comments: