Thursday, July 1, 2010

dan kami pun berlakonlah semahunya

kita orang berlakon hari ni--ni suma concert guru punya pasallah.

dan sebenarnya, aktiviti lakonan tu best--dah banyak kali aku ulang tengok lakonan tu-kelakar betul--dulu kat sekolah lama pun pernah berlakon jugak--tapi tak dirakam. yang bestnya ialah, cikgu2 lelaki kat sri aman memang sporting habis--kami dapat idea lakonan ni waktu o d w ke langkawi--micheal schumacheah seboklah drive keta waktu tu--aku n hulam lepak kat belakang--waktu tu-dia org tanya aku--ko nak buat lakonan ape? story le sikit.

aku pun bukak storylah--dengan yakinnya--walaupun sebenarnya--aku sedang bercerita secara spontan je--dia orang tak tau--n tak sangka pulak story aku tu buleh habis tanpa sebarang sekatan--lancar je jalan cerita dia.

n tak sangka pulak--dia orang suka idea tu--n aku kena work out dia punya skrip--memanglah biasanya orang buat sketsa ni tak payah pakai skrip segala--tapi aku tak nak buat cincai-cincailah--lagipun, ini kali pertama dalam sejarah cikgu lelaki sri aman nak buat persembahan kan--so, harapnya buatlah persembahan yang orang akan sentiasa ingat--ingat sebab best le--n bukan ingat sebab hampeh!

aku risau jugak--budak2 sekarang ni dah pandai menilai--n aku tak suka langsung kalau ada orang cakap " ala, kita naik atas pentas n hentam jelah-bukan susah pun." aku takmolah buat macam tu--kalau selalu kita tegur budak bila dia buat kerja cincai--takkan lepas tu kita pulak buat cincai kan? tak malu ke? budak2 menilai kat dalam hati dia tu--bukannya diaorng tak tau menilai kan? masa tulah dia orang letak persepsi terhadap cekgu dia? n dia bandingkanlah cekgu mana yang bersungguh2 n cikgu mana pulak yang cincai boncai. takmolah macam tu kan.

so, aku amat berharap agar lakonan mini drama ini akan dapat dibuat sebaiknya--setakat ni baru 10 % je yang dah dibuat--n lakonan tu teruklah--angle kamera tah apa2. tak boleh nak salahkan azril-dia pun bidan terjun je hari tu.

apapun, aku akan cuba buat yang sebaik mungkin--demi kepuasan diri--demi manfaat semua orang--demi mencapai objektif persembahan--huiyoh, aku mendapati tahap keskemaan aku semakin meningkat--oleh itu, biarlah aku mengundurkan diri--byes.

4 comments:

azrianna said...

boleh je suruh saya amek video hehe

Aida Nursyahirah said...

good luck cikgu...
:)

alias derais said...

terima kasih azrianna-next time saya suruh awak jadi jurukamera@juruvideo saya. saya malas nak kacau awak hari tu-so, saya mintak tolong encik azril.

aida syahirah, tq n selamat menonton-drama tu dah siap dah.

Unknown said...

Ye ye betul tu.